Selamat Datang Ke Pendaftaran e-Job Setiu

Pendaftaran e-Job Setiu mengandungi tiga modul maklumat iaitu :-
(i)  Maklumat ringkas peribadi setiap pemohon.
(ii)  Maklumat kelulusan yang ada oleh setiap pemohon.
(iii) Maklumat pengalaman yang ada oleh setiap pemohon.
Fomat tarikh yang digunakan adalah (ddmmyyyy).
contoh : 31/12/2006
Tarikh yang perlu dimasukkan ialah 31122006

Skrin pendaftaran e-Job Setiu terbaru telah dibuat perubahan iaitu di mana kod pengguna telah diperkenalkan. Kod pengguna ini diberi secara automatik :-
(1) Pemohon baru boleh mengabaikan kod pengguna semasa membuat pendaftaran di mana kod pengguna akan diwujudkan apabila selesai pemohon mendaftar maklumat peribadi. Kod pengguna akan dipaparkan di skrin selepas selesai pemohon membuat pendaftaran dan kod pengguna juga akan dihantar ke emel pemohon masing-masing jika pemohon mendaftar emel di skrin pendaftaran. Sila pastikan emel yang didaftar itu adalah sah.
(2) Bagi pemohon yang telah mendaftar sebelum ini, kod pengguna telah dihantar ke emel yang didaftarkan dalam e-Job Setiu. Sila semak emel anda masing-masing untuk memastikan emel yang mengandungi kod pengguna telah sampai ke dalam emel anda.

Sebarang masalah/kemusykilan sila hubungi :
btm@mds.gov.m
y atau telefon 09-6099377, 09-6099434, 09-6099757 samb. 111 , 151.

Sekian Terima Kasih


Laman Pendaftaran e-JobSetiu (sila klik)